Thursday 9 August 2012

JOB

http://job-360.eu/breakingnews/50RobertBennett/

TUGASAN 2

Pengenalan
            Teknologi Maklumat diertikan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisi data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta digunakan untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai teks, grafik, suara, animasi dan maya.Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi juga membolehkan individu atau kelompok individu bertukar-tukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tanpa batas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global.
Dewasa ini, kepesatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Information and Communications Technology (ICT) di Malaysia tidak dapat dinafikan dengan kadar penembusan penggunaan internet yang semakin bertambah. Perkembangan dalam bidang ICT ini turut dibantu oleh kajian yang intensif terutamanya di dalam bidang-bidang yang mempunyai kaitan secara langsung dalam bidang teknologi.

Teknologi merupakan asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara.Ia merupakan suatu pemangkin yang akan menentukan corak pembangunan negara. Peralihan ekonomi yang diterajui oleh teknologi akan mengekalkan kelebihan daya saing sesebuah negara. Perubahan yang berlaku pada masa kini memerlukan kerajaan dan industri meletakkan teknologi, inovasi serta daya kreatif sebagai faktor utama mencapai anjakan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Teknologi Maklumat dan komunikasi  merupakan pemangkin yang mampu membawa pembangunan negara ke era digital. Untuk mencapai status tersebut, pelbagai usaha melahirkan masyarakat berpengetahuan yang memenuhi tuntutan gobalisasi perlu dilaksanakan.

Justeru itu, generasi Y sekarang perlu mensyukuri nikmat limpahan teknologi (ICT) yang banyak membantu memudahkan urusan seharian pada masa kini. Generasi muda juga perlu berani untuk menyerap perubahan dan berdaya tahan tinggi di dalam mengharungi cabaran dunia yang serba moden ini.

Penggunaan teknologi pengkomputeran di dalam kehidupan seharian diakui dapat memudahkan segala urusan seharian.Sebagai contoh urusan yang berkaitan dengan sektor perbankan atau institusi kewangan dan mengeluarkan wang menerusi kad Automated Tekker Machine (ATM), pembayaran bil di kaunter pelbagai perkhidmatan, urusan pentadbiran dan pemprosesan dokumen seperti yang terdapat di Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain jabatan.

Secara umumnya, teknologi pengkomputeran merupakan lambang era siber serta lambang pembangunan dan kemajuan pada sesebuah negara.Komputer yang berkait rapat dengan ICT memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, pentadbiran, kejuruteraan, perubatan, pendidikan ataupun kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Dengan kepesatan di dalam industri Teknologi Maklumat (ICT) telah wujud jurang digital di antara masyarakat.Jurang digital secara ringkasnya menerangkan jurang yang wujud di kalangan penduduk yang berinformasi atau celik IT dengan masyarakat yang buta IT.Jurang digital ditakrifkan sebagai jurang yang wujud antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada tahap sosioekonomi yang berbeza untuk mendapatkan peluang mengakses ICT dan menggunakan internet untuk pelbagai aktiviti.Jurang ini terjadi disebabkan oleh beberapa halangan seperti kekurangan pengalaman asas digital yang wujud disebabkan kurangnya minat, kurang kemahiran, kurang peluang penggunaan, kurang akses dan lain-lain halangan.

Pelbagai usaha untuk merapatkan jurang digitaltelah menjadi salah satu agenda utama kerajaan dalam menangani ketidaksamaan sosioekonomi di kalangan masyarakat.Menerusi teras Misi Nasional, aspek jurang digital telah ditekankan dan diberikan peruntukan yang sewajarnya.Kerajaan berhasrat untuk merapatkan dan seterusnya menutup jurang yang wujud terutamanya jurang akses, jurang penggunaan dan jurang pejanaan nilai melalui ICT di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan pelajar.Di samping itu, kerajaan juga berusaha membantu masyarakat yang celik IT dalam usaha mencapai matlamat negara dan menjadikan masyarakat maju dari segi akademik, politik, sosial, agama serta maju dalam bidang perniagaan di arena antarabangsa.

Oleh sebab pembangunan ICT di Malaysia telah menjadi agenda negara dalam usaha kerajaan menuju era ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-Ekonomi. Dengan itu kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bagi membangunkan 750 di seluruh negara di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) salah satu usaha merapatkan jurang digital di antara komuniti luar bandar dengan dunia luar.(Aspirasi Digital :Akses ICT untuk semua. m/s 4)

Antara lain, kerajaan juga turut mengambil langkah-langkah membestarikan semua sekolah di seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan ke arah melahirkan sekolah bestari. Pendedahan awal di sekolah amat penting agar generasi akandatang dapat mengharungi cabaran modenisasi yang begitu cepat berubah. Generasi muda sekarang akan menjadi modal insan yang penting di dalam pembentukan negara pada masa akan datang.

Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan juga mampu menjana ekonomi rakyat di sesebuah negara.ICT dilihat sebagai satu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan serta mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan pelajar.

Kewujudan sekolah bestari, pembelajaran dan pengajaran (P&P) menggunakan ICT misalnya dilihat mampu menjadi alat untuk meningkatkan minat pelajar, kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Konsep ICT dalam pendidikan membantu pelajar terutamanya pelajar luar bandar untuk memperoleh kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan daya saing.

            Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka ICT dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.

ICT juga mempunyai peranan dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui internet, bahan-bahan multimedia di samping bahan pengajaran yang sedia ada.Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
            
           Justeru, penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan, sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Bahan-bahan di dalam portal juga sentiasa dikemaskini dan murid dapat memperoleh banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001)

           Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini menjadi suatu keperluan dan kepentingan system pendidikan Negara.Intergrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan.

            ICT merujuk kepada system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.Komunikasi ini melihat kepada unsur-unsur keupayaan multimedia, inter-aktiviti dan keupayaan perhubungan.ICT merupakan elemen yang penting dalam menghadapi dunia masa kini iaitu dunia tanpa sempadan.Ia merupakan satu cabaran kepada system pendidikan Negara ke arah menghasilkan generasi yang celik ICT. Cabaran perlu ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.

            Menurut Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom Teknologi dalam pendidikan merupakan suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Manakala Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kingdom mentakrifkan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980).

            Sebaliknya Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, Amerika Syarikat mendifinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

            “Teknologi pendidikan merupakan gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan”, begitu kata Crowell (1991), dalam Encyclopedia of Education. Menurut Uhwin Derek (1976) di dalam buku yang bertajuk Applying Educational Technology, teknologi dalam pendidikan adalah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran. Oleh itu, teknologi pendidikan merupakan satu system yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dan pembelajaran.

            Bidang Teknologi Maklumat (ICT) dapat membantu di dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju setaraf dengan negara maju di dunia.Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan salah satu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah menningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.

            Penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran menjadi satu keperluan yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya.Keperluan ini menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap dalam ICT seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.Kemunculan ICT merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen, 2004). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Di samping kebanjiran perlatan ICT dalam bidang pendidikan, didapati wujud sebilangan besar guru yang kurang selesa dengan kehadiran computer (Fletcher & Deeds, 1994; Bohlin, 2001; Cradler & Cradler, 2002)

            Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Berbentuk Komputer (PPBK) telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan yang mampu membantu guru serta pengalaman guru-guru dalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk menyediakan bahan PPBK yang mencukupi bagi empat mata pelajaran utama iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru puladapat memainkan peranan untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar.

            Penubuhan Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan kesinambungan dari Akta Pelajaran 1961.Di antara tujuan penubuhan akta tersebut ialah memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dengan menjadikan mata pelajaran bahasa melayu sebangai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan sebagai mata pelajaran wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

            Ini menunjukkan bahawa betapa kerajaan berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dengan melalui generasi yang seawal mungkin. Dengan adanya teknologi maklumat sekarang memudahkan untuk menyebarkan bahan-bahan bacaan dan rujukan  dalamBahasa Melayu di ruang siber.

            Penubuhan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian pelajaran Malaysia bertepatan sebagai peneraju transformasi generasi bestari melalui pendidikan. Selaras dengan perubahan lanskap pendidikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya, BTP menjadi penggerak utama dalam pembangunan dasar ICT dalam pendidikan bagi mewujudkan anjakan transformasi untuk membina daya saing Negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan abad ke- 21 ini.
            Antara kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk guru-guru yang  mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu ialah  kemudahan EduwebTV.  Dengan kemudahan teknologi maklumat yang canggih ini guru-guru boleh memilih  saluran rencngan TV pendidikan yang sesuai  untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti  pengajaran dan pengajaran Bahasa Melayu  di dalam kelas. Pengumpulan maklumat dan bahan  dari  segala sumber maklumat  samada  melalui internet atau  teknologi maklumat  lain   dapat  mempertingkatkan  keberkesanan pengajaran  pembelajaran saya di dalam bilik kelas. Keberkesanan EduwebTV tidak dapat dinafikan kerana  pelajar-pelajar  boleh mendapat manfaat daripada kandungan yang disediakan seperti Berita pendidikan,  Rancangan akademik, Rencana, Wawancara, kurilulum,, interaktif dan siaran langsung arkib.
             Selain itu, ramai dikalangan guru telah mendapat manfaat bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek Bahasa Melayu dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahan-bahan ini datangnya dari pelbagai media yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan bahagian ini seterusnya membuat  pemantauan  pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah yang menyediakan program literasi maklumat.
Dengan adanya penubuhan BTP ini guru Bahasa Melayu dapat memperoleh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak  kerana BTP ada menerbitkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain  itu juga BTP memantau dan menilai penggunaan tenkologi pendidikan bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga pengurusan sekolah di samping menawarkan khidmat kepakaran dan nasihat untuk mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

Seperti yang ditegaskan oleh Y.B Datuk Noh Haji Omar, semasa berucap dalam majlis Perasmian Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam system persekolahan di Dewan Seminar, dewan bahasa dan pustaka (DBP) pada 19 Disember 2009, bahawa penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu sama ada dalam peperiksaan dan komunikasi social, memperlihatkan banyak kelemahan dan kecelaruan, walaupun Negara kita sudah lama merdeka. (http://www.dbp.gov.my) Beliau mencadangkan satu mekanisme yang standard dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu dipelajari sebagai bahan komunikasi social sepanjang masa dan pencapaian Bahasa Melayu yang cemerlang dalam peperiksaan dapat dicapai.

            Dalam seminar tersebut terdapatnya cadangan bagi mengatasi permasalahan dalam bidang pedagogi ialah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya berinteraksi dengan lebih aktif dengan guru semasa P&P dijalankan.Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pedagogi bestari perlu berasaskan pengelompokan kumpulan berdasarkan profil murid serta persekitarannya.Di samping itu P&P Bahasa Melayu perlu digabungkan dengan P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

            Mengikut Tengku Azzman (1998), terdapat beberapa sebab computer diperlukan dalam bidang pendidikan. Menurut beliau, banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada computer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri.Seterusnya, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer dan maklumat serta pengetahuan yang menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya pelajar itu sendiri.

            Namun begitu terdapatnya halangan penggunaan komputer di sekolah seperti kurangnya perkakasan terkini (Becker, 1991), kebanyakan sekolah dibekalkan dengan alat berteknologi lama, mempunyai kualiti yang rendah serta berkuasa rendah (Hasselbrig, 1991) dan bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi (Cedoline, 1982; dan Vitchoff, 1989)

            Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan adalah langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Ke 4, Tun Mahathir Mohamad. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pengajaran dan seterusnya bersedia menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

            Untuk mengatasi halangan-halangan dalam penggunaan komputer di sekolah, kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan rangkaian SchoolNet iaitu kira-kira 9,618 atau 99 peratus sekolah mempunyai rangkaian tersebut dan sejumlah 6,633 sekolah sudah dilengkapi makmal computer dan 3,025 mempunyai pusat akses sekolah. Dr Puad Zakarshi, Timbalan Menteri Pelajaran, juga berkata, “ berdasarkan angka tersebut beliau yakin sekolah di negara ini setaraf sekolah di negara lain dari segi penggunaan SchoolNet dan teknologi pendidikan (http://www.bharian.com.my)
            Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mencungkil bakat dan menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran selaras dengan usaha kerajaan unutk meningkatkan penggunaannya di kalangan guru dan murid-murid.Salah satu usaha yang telah dijalankan ialah program mengintergrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di Istitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipuh, Perak dengan usahasama Kementerian Pelajaran dan Intel Education, Malaysia.Program ini disertai 120 pelajar daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mana peserta dilatih menguasai kemahiran mengajar abad ke-21 menggunakan ICT dan membuat perancangan melalui kaedah pengajaran melalui Projek (Projek Based Learning, PBL).
Melalui program pengintergrasian ICT dalam P&P ini akan memberi kesan dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi akademik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.
Di sekolah rendah, orang yang paling disegani oleh guru dan murid ialah Guru Besar, yang juga dikenali sebagai pemimpin.Oleh itu, pemimpin sekolah mesti bijak dalam mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membentuk organisasi yang mana ahli-ahlinya boleh mempelajari kemahiran dan ilmu pengetahuan yang perlu secara berterusan bagi merealisasikan aspirasi Negara. Schein (1998), menekankan bahawa “Jika pemimpin hari ini mahu mencipta budaya organisasi yang mementingkan pembelajaran, pemimpin hendaklah menunjukkan contoh dengan cara turut belajar dan melibatkan orang lain dalam proses pembelajaran tersebut”. Dengan demikian, guru besar yang mempunyai peranan sebagai pemimpin seharusnya menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru Bahasa Melayu khas dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar untuk mendalami bidang ICT kerana segala maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran boleh diperolehi tidak mengira waktu dan tempat. Sesungguhnya, internet  adalah alat ICT yang amat penting masa kini.
Kita seharusnya faham bahawa salah satu lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan internet ialah melalui “E-Learning” kita harus peka serta fahami bahawa pengelibatan pelajar secara holistic dalam bilik kelas  adalah menjadi fokus utama. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  cara e-learning ini murid-murid adalah pembuat perancangan dan menentukan kesesuaian bahan dalam e-learning bergantung kepada tahap mereka.
          Walaupun kalangan guru dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat jenis ini amat menguntungkan para pelajar dan guru namun cabaran dalam melaksanakan  “e-learning” terutama sekali peringkat mengakses adalah masalah utama di Malaysia. Apapun cabarannya, kita harus akui bahawa e-learning amat membantu semua yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
          Antara sumber-sumber e-learning yan tersedia dan kita boleh kenalpasti untuk dimanfaatkan ialah bahan-bahan percuma dari internet, bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran  Malaysia dengan kerjasama konsortium tempatan, bahan-bahan yang dihasilkan oleh sektor swasta dan CD-ROM yang dihasilkan oleh bahagian Teknologi Pendidikan. 

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga pemimpin sekolah.Pemimpin berperanan dalam membentuk budaya ICT di sekolah.Mereka bukan sahaja memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.
Memperolehi ilmu pengetahuan melalui analisis data dan maklumat menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan infrastruktur teknologi maklumat yang canggih pada masa kini. Seseorang pelajar akan dapat mengkaji punca sesuatu masalah dengan mengumpul dan menganalisis maklumat serta data yang berkaitan. Semasa proses ini, pelajar itu akan memperoleh kemahiran serta ilmu pengetahuan yang baru. Di samping itu, maklumat yang diperoleh itu dapat disimpan dengan banyak untuk jangka masa yang panjang untuk tujuan kajian semula pada masa akan datang.
Selain daripada itu, kecanggihan teknologi internet dan jaringan setempat (Local Area Network) membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku dengan mudah, cepat dan tepat. Keadaan ini akan mempercepatkan proses pembelajaran di peringkat sekolah. Proses membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah akan dibuat secara sistematik dan tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu dengan teknologi dan perisian computer yang canggih dan moden.
Kemudahan-kemudahan ICT dan penerapannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak mustahil untuk memperolehi peningkatan produktiviti yang sama kerana ICT sangat membantu mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Namun begitu penggunaan ICT dalam pendidikan mungkin sukar dari segi memantau para guru yang melakukan banyak tugas yang mana tugas-tugas itu tidak dapat dilihat secara nyata atau terlalu banyak keputusan yang perlu dilakukan.
Ini bermaksud organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangunkan sistemnya sendiri.Pembangunan system ini dapat membantu guru dan pelajar mengeksas maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka. System maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut lain pula, system maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti. Justeru itu, asas teknikal dalam ICT mampu untuk menangani proses pendidikan. System maklumat boleh menyelamatkan data pelajar yang begitu kompleks sebelum mengurangi bebanan pentadbiran.
Melalui kemudahan ICT yang disediakan juga dapat memberi peluang kepada pengguna untuk memperolehi maklumat dengan cepat atau memperolehi maklumat dalam masa yang ditetapkan.Keadaan ini dapat mengelak pembaziran masa dan juga tumpuan kerja secara manual yang sukar.Selain daripada itu, pelbagai persoalan tentang permasalahan, kes atau isu dapat dijawab dengan jawapan yang releven melaui kemudahan ICT yang ada.Kemudahan ICT juga dapat mengelakkan jawapan yang menyeleweng atau tersasar.
Di dalam era yang serba canggih ini, kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan sesebuah sekolah di hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain. Perhubungan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakan maklumat sama dari pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada pelajar dan seterusnya. Begitu juga dengan peredaran maklumat lebih pantas dapat dilakukan daripada pelajar, guru dan sekolah kepada ibu bapa, dan masyarakat umumnya.Kesukaran memperolehi maklumat seperti ketiadaan perkakasan untuk aplikasi ict mungkin menyebabkan sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidak dapat bersaing atau gagal untuk meningkatkan produktiviti mereka.
Teknologi dalam pendidikan membawa pengertian yang sangat besar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di antara kepentingannya ialah ia dapat melicinkan proses pengajaran pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan oleh guru. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang, mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya dapat mengekalkan minat pelajar. Di samping itu, ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan daripada berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap sesuatu istilah atau konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Seterusnya, teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan, kekusutan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deriaan pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio yang akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Secara tidak langsung, penglibatan semua deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
            Penggunaan teknologi maklumat yang serba canggih ini juga dapat memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar guru Bahasa Melayu agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang sangat minimum. Di samping itu ia dapat memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh menambahkan pengalaman pelajar yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri dan seolah-oleh mengalaminya sendiri.
            Kecanggihan ICT yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan computer berasaskan kadar keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan yang asas, konsep, prinsip dan fakta.Komponen perkakasan computer adalah berdasarkan kandungan bahan yang telah sedia supaya murid-murid boleh berusaha dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru Bahasa Melayu.
            Penggabungan ICT dalam penjagaran pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintergrasikan ICT ialah melibatkan semua peringkat proses pembelajaran yang bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kegagalan guru dalam membuat perancangan dengan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran pembelajaran menjadi kurang berkesan.
            Teknologi pendidikan adalah sebahagian daripada bahan bantu mengajar, dengan itu ia tidak boleh digunakan untk menggantikan sistem pengajaran yang sedia ada. Ia adalah digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatau tajuk dengan lebih berkesan. Teknologi dalam pendidikan seharusnya digunakan untuk tujuan pengajaran tetapi bukan untuk tujuan hiburan semata-mata kerana ia boleh membuang masa dalam pengajaran dan pembelajaran. oleh yang demikian, penggunaan teknologi ini mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu peringkat sebelum penggunaan bagi merancang masa dan cara mengaitkannya dengan topik pengajaran. Seterusnya, seseorang guru merancang ulasan dan penekanan dari aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam pembelajaran semasa penggunaan dan akhir sekali selepas penggunaan ia dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan yang boleh ditimbulkan, kesimpulan serta penilaian.
            Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam memilih topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik kelas  yang bersesuaian dengan penggunaan teknologi ini supaya objektif pelajaran dapat dicapai. Ini penting supaya adanya perkembangan pelajaran yang berlaku sama ada semasa pegenalan topik, perkembangan pelajaran seperti penerangan konsep, semasa penutup dan kesimpulan sesuatu topik pelajaran serta di akhir pengajaran iaitu semasa penilaian kefahaman terhadap topik yang dibincangkan.
            Di dalam kepesatan ICT ini terdapat pelbagai jenis Pengajaran Pembelajaran Berbantukankan Komputer (PPBK) yang semestinya mempunyai kelebihan dan amat bersesuaian dalam penggunaan matapelajaran di semua peringkat iaitu peringkat rendah, menengah dan tinggi.Di antara kelebihan PPBK ini ialah semasa latihtubi yang mana suatu latihan yang diberikan oleh computer dapat meningkatkan kepfahaman pembelajaran. Di samping itu ia juga memberikan maklum balas kepada pelajar dan akan membolehkan mereka yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalan pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa.
Penggunaan tutorial yang melibatkan computer dapat memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. System komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas dan ia amat bersesuaian untuk seorang guru Bahasa Melayu untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan melakukan pemulihan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam peperiksaan.
            Simulasi pula merupakan suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan cara memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.
            Selain daripada itu, terdapat juga jenis PPBK yang berbentuk permainan. Seperti yang sedia tahu aktiviti dalam permainan adalah lebih kepada berbentuk pertandingan yang mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur seperti hiburan dan keseronokan diselitkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK ini. Secara tidak langsung, ia akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, kematangan berfikir, menambah ilmu pengetahuan dan akan menguji sifat kesabaran dalam diri para pelajar.
            Di dalam P&P, perkara yang seringkali dianggap oleh pelajar paling rumit adalah penyelesaian masalah.Ini kerana mereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan yang tepat dan baik. Kadang-kadang mereka akan merasa ragu-ragu dan keliru semasa membuat sebarang keputusan. Dengan bantuan computer yang mempunyai daya tarikan animasi, pergerakan dan bunyi, mereka akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih yakin dan tepat.
Alat bantu mengajar yang paling baik dan berkesan ialah teknologi pendidikan kerana ia dapat memperjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Contohnya penggunaan cek terbuka dan tertutup yang dapat diperbesarkan.Sesuatu alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar yang mana tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.Manakala tulisan dan gambar mempunyai warna yang pelbagai kerana kepelbagaian warna pen dapat memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topic yang hendak diajar oleh guru. Penggunaan bahan yang tahan lama dan dapat disimpan akan dapat menunjukkan hasil dan kemahiran yang baik tambahan pula alat itu dibuat sendiri.
            Terdapat pelbagai bahan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarn antaranya papan tulis elektronik, bahan grafik, gambar dan carta, model, alat pandang dengar elektronik, computer dan internet dan sebagainya.
            Pada masa dahulu, papan tulis digelar papan batu, papan tulis atau papan hitam kerana papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis.Papan batu ditulis menggunakan kapur batu, papan kapur atau papan hitam (black board) ditulis menggunakan kapur berwarna putih atau kapur yang mempunyai pelbagai warna.Terdapat juga papan tulis putih yang permukaannya hanya dapat ditulis menggunakan “whiteboard marker”.  Akan tetapi sekarang terdapatnya papan dengan fungsi yang sama tetapi ditulis menggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Walaupun teknologi telah banyak berubah, papan tulis tetap digunakan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan iaitu ia boleh digunakan dengan mudah dan lebih bersifat mesra pengguna. Guru juga boleh terus menunjukkan idea yang diperkatakannya atau diperkatakan oleh pelajarnya serta dapat mencungkil pemikiran pelajar dalam bilik darjah dan menonjolkannya secara spontan sama ada dalam bentuk grafik atau perkataan di papan tulis untuk tatapan umum, sama ada dalam tempoh masa yang lama atau sekejap. Kelebihan penggunaan bahan ini ialah ia mempunyai harga dan kos menjaganya yang tidak mahal, ia mudah diperolehi dan disediakan dalam bilik kelas. Guru yang menggunakan bahan ini tidak memerlukan latihan yang khusus dan  terlalu teknikal untukmenggunakannya tetapi tidak bagi papan tulis elektronik yang terkini di pasaran. Di samping itu, guru dan pelajar juga boleh menampal lain-lain bahan untuk ditayangkan kepada pelajar yang lain, malah ia boleh dilekatkan dengan magnet bagi memudahkan bahan dipapar kepada kelas.
            Berbeza pula dengan bahan grafik, gambar dan carta yang digunakan untuk membantu guru menjelaskan suatu konsep yang sukar untuk dijelaskan dalam bentuk kata-kata.Konsep-konsep yang sukar tersebut lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan kaedah gambar, grafik atau carta.Terdapat pelbagai bahan-bahan grafik dan carta yang berteknologi terkini yang boleh diperolehi daripada internet seperti menggunakan grafik dan animasi computer yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Vygotsky (1978), penguasaan bahasa adalah satu proses permodelan bahasa yang berasal daripada konsep sokongan yang merupakan konsep pengajaran bahasa yang terkenal. Konsep ini amat menitikberatkan dalam penguasaan bahasa menerusi meniru orang  yang lebih dewasa digalakkan memberi sokongan terutamanya kepada pelajar bahasa yang baru belajar tentang bahasa. Dengan erti kata lain, guru merupakan model yang paling baik kepada murid-murid dalam menguasai ilmu bahasa kerana guru merupakan seorang yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang mereka ceburi.
            Dari dahulu sampai sekarang, sekolah sentiasa dibekalkan dengan pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh digunakan sebagai bahan dalam P&P terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu. Di antara alat pandang dengar yang biasa digunakan di sekolah ialah perakam kaset, “compact disc”, “Video compact disc”, “digital compact disc”, projektor filem, video kamera, projector LCD, projector episkop dan MP3 yang dapat digunakan dengan lebih efektif. Penggunaan alat-alat ini melibatkan deria mata dan telinga untuk memudahkan para pelajar memahami sesuatu konsep atau topik yang hendak dibincangkan oleh guru.
            Penggunaan computer sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
            Namun begitu, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid samasa penggunaan e-mail, chat room”, dan sebagainya dalam pembelajran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan perbincangan apabila hasil  dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.
            Komputer merupakan teknologi elektronik yang menpunyai banyak keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian mahupun dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, computer dapat digunakan untuk pelbagai tujuan dan teknik. Seseorang guru yang berbakat dapat menggunakan computer secara kreatif dan kritis untuk membantu beliau mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990).
            Proses pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan selain segala permasalahan yang rumit dalam penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya komputer dimanfaatkan penggunaannya secara sistematik dan terancang (Heinich, 1996). Dengan erti kata lain,kemunculan computer sebenarnya telah memperkayakan teknik pengajaran dan pembelajaran serta dapat memudahkan proses-proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik kelas.
            Menurut Rosenberg (2001), penggunaan computer dalam P&P dapat memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.Melalui penggunaan computer, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulative seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pengkalan data, dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
            Komputer sebagai bahan simulasi kerana seseorang guru boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti iaitu dengan cara menulis dan menyediakan bahan persembahan audio dan visual di samping seperti program “Real Adope” yang boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar latihan pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.
            Di samping itu, komputer merupakan pakar rujuk iaitu guru yang mengendalikan komputer adalah berperanan sebagai seorang manusia yang berupaya mengawal banyak peranti atau perkakasan melalui perintah yang telah diprogramkan. Dengan itu ia membolehkan pelajar dan computer berdialog mengenai topic khusus. Oleh yang demikian, komputer adalah pakar (guru) rujuk yang mempunyai pelbagai pengetahuan di dalam sesuatu subjek.
            Pengenalan kepada ICT telah membawa sikap positif di kalangan pelajar.Keadaan ini berlaku kerana ICT dapat menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional.Ini kerana melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal.Kemudahan hypermedia dan multimedia secara tidak langsung dapat memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional.Teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif daripada ilmu secara sehala sahaja.
            Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta peyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran.Tambahan juga setiap bahan di dalam portal pendidikan sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru.
            Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik para guru juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti “hand on” serta interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses pengajar guru Bahasa Melayu. Misalnya,seseorang guru Bahasa Melayu  boleh menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang berkaitan Bahasa Melayu. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini.
            Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), “net meeting”, “chat room” dan sebagainya guru dan pelajar dapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid di samping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.


Kesimpulannya, masyarakat hari ini merupakan masyarakat yang telah menerima kemajuan tamadun sebagai satu reality dalam kehidupan.Pembudayaan ICT dalam kehidupan juga telah semakin menular dan berleluasa sehinggakan peredaran maklumat tidak dapat dibendung lagi.Keadaan seperti ini sebenarnya adalah positif.Aplikasi dan implimentasi ICT di sekolah juga merangsang kepada tindak balas atau perubahan kepada masyarakat.Jika pihak keluarga pelajar atau masyarakat umum ingin tahu mengenai pencapaian sekolah, aktiviti sekolah, laporan, majalah sekolah dan lain-lain perkara berkaitan dengan sekolah, pihak pengurusan atau pentadbir boleh menyarankan mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan melalui internet.
Secara tidak langsung, masyarakat akan terangsang untuk mendapatkan kemudahan IT. Ibu bapa juga tidak perlu untuk menandatangani laporan kad kemajuan pelajar, sebaliknya mereka boleh memberikan respon kepada laman sesawang untuk mendapat maklum balas. Dengan cara begini tiada lagi ibu bapa yang membuat aduan bahawa anak-anak mereka tidak memberikan kad laporan disebabkan mereka takut dimarahi oleh ibu bapa kerana memperolehi keputusan yang tidak memberangsangkan.
Dalam  keadaan tertentu, perubahan pembangunan dalam masyarakat pula yang menyebabkan institusi pendidikan dan sekolah terpaksa merubah budaya tradisi dan cara manual kepada teknologi dan digital, apabila sekolah berdepan dengan masyarakat yang berilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Sebagai asas kepada pembentukan masyarakat berilmu sekolah sepatutnya mendahului bidang lain dalam teknologi maklumat ini .Justeru itu, mana-mana sekolah yang masih ketinggalan sepatutnya merubah budaya sekolah mereka dan menjadikan ICT sebagai keperluan wajib untuk menangani perubahan masyarakat.
Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari merupakan contoh inisiatif merubah budaya dan iklim sekolah bercorak tradisi kepada sekolah yang berteknologi maklumat. Sekolah yang tidak berpeluang ditaja oleh kementerian menjadi sekolah perintis bestari juga turut digalakkan dengan inisiatif sendiri dan sokongan sector awam atau korporat membangunkan ICT di sekolah sesuai dengan cita-cita Negara menjadikan pendidikan yang bertaraf dunia.
Teknologi maklumat mempunyai peranan yang sangat penting dalam system pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini.Dunia tanpa sempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan. Walaupun kemungkinan terdapatnya pelbagai halangan-halangan seperti kekurangan kepakaran dan pengetahuan, namun apabila ICT sudah sebati dengan diri, ia akan lebih memudahkan tugas dan kerja seharian di sekolah.
Intergrasi ICT dalam pengurusan pendidikan merupakan perkara penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.Guru Besar perlu memainkan peranan aktif untuk membestarikan sekolah masing-masing. Keadaan ini sejajar dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasi apa yang mereka pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum mereka hadapi.
Mengurus Teknologi Maklumat dan komunikasi secara berkesan di sekolah merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan ICT di sekolah. Tanpa pengurusan yang mantap dan berkesan, kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT akan menghadapi laluan yang jauh. Seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, semoga semua sekolah di Malaysia ini akan menjadi Sekolah Bestari pada masa akan datang.

Thursday 26 July 2012

REFLEKSI PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

REFLEKSI  PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
          Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya perkara ini diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat untuk memastikan  kemajuan serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan jauh dari masyarakat lain.
          Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan penggunaan teknologi  maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi banyak maklumat untuk diketengahkan kepada pelajar-pelajar.
          Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu adalah bertepatan dengan usaha menjadikan pelajar celik computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk mendapat bahan berkaitan subjek Bahasa Melayu, namun berkat ketekunan dan kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para guru, ibubapa-ibubapa  dan masyarakat maka semua ini telahpun  dapat ditangani secara beransur-ansur.
          Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guru-guru yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk menimba bahan-bahan berkaitan di laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih ada terdapat banyak kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan Bahasa Melayu  dalam era teknologi maklumat  yang semakin berkembang ini. Kekangan dan cabaran yang paling utama ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang begitu meluas dalam internet, ruang siber dan globalisasi. Apapun cabaran itu,penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan saya lebih berkemampuan, kreatif dan mempelbagaikan kaedah dan strategi  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas.
          Para pelajar juga sudah tentunya  menunjukkan minat yang tinggi dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana alat-alat ini bukan sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan pelajar mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya.
          Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran baru dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan Bahasa melayu  menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sain dan teknologi. Untuk mencapai hasrat ini, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan. Impian ini hanya dapat di capai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik guru,penerbit dan institusi penyelidikan.
          Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dipikul oleh pihak tertentu sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta bahasa dan pejuang bahasa kebangsaan mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya untuk kita melakukan  sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus globalisasi yang digelorakan oleh Bahasa Inggeris seperti yang saya nyatakan awal tadi.
          Salah satu kemudahan teknologi maklumat yang  disediakan oleh kementerian pelajaran untuk guru-guru yang  mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya ialah  kemudahan EduwebTV.  Dengan kemudahan teknologi maklumat yang canggih ini  saya boleh memilih  saluran rencngan TV pendidikan yang sesuai  untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti  pengajaran dan pengajaran Bahasa Melayu  di dalam kelas. Pengumpulan maklumat dan bahan  dari  segala sumber maklumat  samada  memalui internet atau  teknologi maklumat  lain   dapat  mempertingkatkan  keberkesanan pengajaran  pembelajaran saya di dalam bilik kelas. Keberkesanan EduwebTV tidak dapat dinafikan kerana  pelajar-pelajar  boleh mendapat manfaat daripada kandungan yang disediakan seperti Berita pendidikan  Rancangan akademik, Rencana, Wawancara, kurilulum,, interaktif dan siaran langsung arkib.
         Selain itu, saya juga mendapat manfaat bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek Bahasa Melayu dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahan-bahan ini datangnya dari pelbagai media yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan bahagian ini seterusnya membuat  pemantauan  pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah yang menyediakan program literasi maklumat.
          Bahagian Teknologi Pendidikan turut banyak membantu menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai penggunaan teknologi dalam pengajaran pembelajaran yang  sudah tentu menguntungkan diri saya selain rakan-rakan sejawatan. Khidmat kepakaran dan nasihat yang ditawarkan dalam penggunaan teknologi maklumat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan sungguh bermakna bagi saya sebagai guru Bahasa Melayu kerana ini akan menjadikan saya lebih cekap dalam mengendalikan alat-alat yang dibekalkan dalam pengajaran dan pembelajaran bebantukan teknologi maklumat.
          Mengintergrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori murid-murid ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid dapat membantu saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam bilik kelas dengan berkesan. Peningkatan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada adalah peranan penting Teknologi maklumat dan  komunikasi.
          Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada saya,  guru Bahasa Melayu memudahkan lagi saya terus mendapat bahan-bahan pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal pendidikan pula, samada portal tempatan ataupun luar  yang berkaitan bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu, ianya dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid. Guru pula boleh mengemaskini dan mengulang pakai bahan-bahan tersebut disamping mendapat bahan-bahan terkini dari portal-portal yang disediakan.
          Seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran yang selama ini telah mendukung prinsip memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, saya dapati ianya amat penting bagi diri saya dalam usaha merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini telah pun memberi impak yang positif kepada pencapaian serta prestasi akedemik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan .    
          Sesungguhnya, hasil daripada penelitian dan pemahaman saya tentang satu lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan internet ialah melalui “E-Learning”, maka dapatlah saya fahami bahawa pengelibatan pelajar secara holistic dalam bilik kelas  adalah menjadi fokus utama. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  cara e-learning ini murid-murid adalah pembuat perancangan dan menentukan kesesuaian bahan dalam e-learning bergantung kepada tahap mereka.
          Walaupun saya dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat jenis ini amat menguntungkan para pelajar dan guru namun cabaran dalam melaksanakan  “e-learning” terutama sekali peringkat mengakses adalah masalah utama di Malaysia. Apapun cabarannya, saya akui bahawa e-learning amat membantu saya dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
          Antara sumber-sumber e-learning yang saya boleh kenalpasti untuk dimanfaatkan ialah bahan-bahan percuma dari internet, bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran  Malaysia dengan kerjasama konsortium tempatan, bahan-bahan yang dihasilkan oleh sektor swasta dan CD-ROM yang dihasilkan oleh bahagian Teknologi Pendidikan.  
          Selain berbantukan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, saya juga sedia maklum bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam usaha menambah nilai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu  di sekolah seharusnya di beri keutamaan. Pusat Sumber Sekolah yang selama ini saya dapati banyak memberi sumbangan ke arah penyediaan bahan pengajaran perlu kini bergerak ke arah pusat sumber elektronik. Ini bertujuan untuk mengimbangi pekembanganan pesat bidang pendidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.
          Pusat Sumber Elektronik merupakan pusat  sumber yang telah lama diwar-warkan oleh Kementerian Pelajaran dengan bertujuan membantu guru-guru Bahasa Melayu seperti saya ini dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan alat alat teknologi maklumat seperti Televisyen, laser disc  dan lain-lain dalam bilik darjah. Senario  penggunaan pusat sumber sekolah elektronik yang dapat saya fahami penggunaannya  adalah seperti berikut.
          “ Sekumpulan pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di luar bandar sedang belajar subjek Bahasa Melayu dalam topik pakaian tradisional masyarakat Malaysia. Antara paling awal disentuh ialah pakaian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. “
Saya terlebih dahulu berbincang dengan guru pusat sumber dan  meminta bantuan guru pusat sumbar untuk berhubung dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan berkaitan. Contohnya Kementerian Pelancongan. Bahan- bahan berkaitan pakaian tradisional kemudian saya muat turun dan disimpan dalam CD-ROM. Pada waktu mengajar Bahasa Melayu saya akan menayangkan bahan-bahan berkaitan melalui laser disc  dan menerangkan maklumat seterusnya kepada murid-murid tentang pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia.
          Oleh itu, dengan berbantukan alat-alat elektronik berserta teknologi maklumat seperti ini  maka sudah tentulah proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang saya jalankan berjaya sepenuhnya dan objektifnya tercapai.
         Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik saya juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti “hand on” serta interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses pengajaran saya..        Misalnya saya,  boleh menjadikan pengajaran saya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang berkaitan Bahasa Melayu. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajaran nanti murid-murud digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran berbantukan computer dan disebarkan kepada rakan sebaya. Saya juga  telah dapat memahami dan mendapat pengertian  betapa perlunya saya sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin bahan-bahan pengajaran untuk Bahasa Melayu dari sesawang yang hubungi dengan pakar-pakar bahasa sama ada dari pusat pengajian tinggi tempatan ataupun luar.
          Dengan adanya talian terus melalui media elektronik seperti persidangan video, program langsung dari televisyen, maka saya dapat bertukar-tukar maklumat dan pendapat tentang bahan-bahan pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu dari rakan-rakan sekolah lain. Begitulah juga pelajar-pelajar saya yang masih dahagakan pelbagai bahan berkaitan aktiviti bahasa yang tidak terdapat di sekolah saya.
         Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini  akan menjurus kepada pengelibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah membazir terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran  serta mengawal tingkahlaku segelintir pelajar.
        Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna kepada saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali semasa mengajar Bahasa Melayu. Saya juga cadangkan agar lebih banyak  program-program atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu ditawarkan agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan komputer serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.
Bak kata pepatah Melayu “ Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah”

Tuesday 26 June 2012

1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.


Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan
pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3 Mod Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan
Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.




Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.


“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”